Sejarah Awal
Pondok Hidayatullah adalah Institusi Pendidikan Ilmu-Ilmu Islam yang berorientasikan sistem pondok dan diterampilkan dalam bentuk moden dengan mengekalkan sistem pengajian pondok tradisi serta tempat beramal dan beribadah kepada Allah SWT, khasnya warga emas.

Pengajiannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia pelajar tersebut. terletak di Lot 1169 Tanjung Kepah Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan.


Pondok ini ditadbir urus oleh Ahli Lembaga Persatuaan Jami’yah Raudhoh As Solihin yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (ROC) dan dipengerusikan oleh Ustaz Hamid bin Hassan.





Objekktif

Pondok Hidayatullah telah  membangunkan surau bagi kemudahan kepada penuntut-penuntutnya. Tujuan surau Pondok
Hidayatullah dan diggarankan sebanyak RM 400,000.00.

Pondok Hidayatullah juga akan mendirikan dewan dan pejabat tadbir untuk menjalankan sebarang aktiviti pondok dan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran pondok. Pembinaan dewan dan pejabat tadbir tersebut mempunyai anggaran sebanyak
RM 350,000.00.

Selain mendirikan surau, dewan dan pejabat tadbir, Pondok Hidayatullah juga bercadang untuk mendirikan asrama tiga tingkat untuk penginapan sepanjang penuntut berada di sana bagi mendalami ilmu-ilmu islamiah dalam keadaan yang lebih selesa. Di samping itu, Pondok Hidayatullah juga membuka penjualan pondok Semi-D bagi warga-warga emas yang berminat untuk menghayati dan mendalami pembelajaran ilmu agama dengan lebih dekat. Harga seunit pondok yang ditawarkan adalah RM 25,000.00 sahaja.




>> Ke Halaman Utama
>> Lokasi
>> Sejarah Awal dan Objektif
>> Pautan dan Galeria